Tuesday, April 27, 2010

MENGENAI SKAM



KEDUDUKAN SEKOLAH
Sekolah ini terletak di Km. 10 Pekan Air Molek, di persimpangan jalan besar ke Jasin dan Kampung Air Molek. Sekolah ini adalah berhadapan dengan Pusat Kesihatan Besar dan berhampiran dengan Komplek Penghulu serta terdapat taman-taman perumahan di sekitarnya.




Piagam sekolah



  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti bagi membentuk pelajar-pelajar ke arah bersikap positif, inovatif dan kreatif.



  • Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, dan berfikiran terbuka dalam melaksanakan tugas secara berpasukan.



  • Menjalin hubungan yang lebih mesra antara ibu bapa, guru dan murid untuk menjayakan sebaran aktiviti pendidikan.






Info logo sekolah
Warna dipilih berdasarkan warna bendera Malaysia. Logo terletak di atas lengkongan yang berbentuk bulatan bersambung dengan sepasang kacamata menggambarkan latar belakang tujuan persekolahan.

Lengkungan berbentuk tajam berwarna merah merupakan lambang pengawasan dan disiplin.







  • Menggambarkan matlamat asas pendidikan iaitu tahu
    membaca, menulis dan mengira.



  • Mencari pengetahuan dan ilmu di serata dunia.



  • Latar murid beragama Islam dan menjadi teras
    pendidikan.



  • Pelajaran muzik dan kebudayaan tidak diketepikan,
    namun di bawah kawalan agama.



  • Tiga gelungan rotan berlari di atas air atau padang
    melambangkan tanda persahabatan, semangat kesukanan dan berani menghadapi cabaran.

LAGU SEKOLAH
USAHA MAJU JAYA

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA AMALAN SUCI MULIA

KAMI USAHA TERUS BERUSAHA
TANPA JEMU SELUAS PADA
DENGAN SEMANGAT WAJA
NAMA BAIK DIJAGA
BERUSAHA TETAP JAYA

KEPIMPINAN GURU KAMI HORMATI
TUNJUK AJAR DISANJUNGI
NAMA SKAM KAMI HORMATI
AGAR HARUM MEWANGI

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA
AMALAN SUCI MULIA

No comments:

Post a Comment

Pages