Wednesday, October 6, 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2010



Sambutan majlis hari raya SKAM telah di adakan pada 18 September 2010 bersamaan hari Sabtu yang bertempat di kantin sekolah.

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Warga SKAM mengucapkan Salam Lebaran kepada semua umat Islam. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna. Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman. Salam Dihulurkan, Maaf Dipinta..MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, August 26, 2010

Selamat Datang Kepada Guru Besar SKAM


Warga SKAM mengalu-alukan kedatangan Tn Haji Minhat Bin Azam sebagai Guru Besar SKAM yang baru. Semoga dengan kedatangan beliau, dapat menjana kualiti dan kecemerlangan SKAM.

Friday, August 13, 2010

Sumbangan Ikhlas Untuk Pembinaan Surau Sekolah

Salam...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan-tuan di atas setiap kejayaan yang telah tuan-tuan kecapi. Untuk pengetahuan pihak tuan, SKAM telah bercadang untuk membina surau di kawasan sekolah yang dianggarkan bernilai RM150,000. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dapat memberi sumbangan ikhlas atau derma untuk pembangunan kebajikan ini. Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan kepada

  1. Bendahari surau SKAM (Hj Zamri Bin Samsuri 019-6505608)
  2. Guru Besar SKAM (En. Minhat Bin Azam 017-6291279)
  3. Akaun Bank Muamalat (Tabung surau) 0401-0004307-71-7

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, silalah hubungi pihak sekolah di talian 06-2680169 atau faks 06-2680170, atau terus datang ke sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Segala sumbangan tuan amat kami hargai. Terima kasih.

Thursday, August 12, 2010

Guru Besar SKAM Dalam Kenangan

Guru Besar SK Air Molek, En Rosli Karim telah bertukar ke SK Kesang Tua pada 9 Ogos 2010. Majlis perpisahan beliau telah diadakan pada 6 Ogos 2010 di perkarangan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, keringat dan pengorbanan beliau selama berbakti di sekolah ini. Semoga berjaya. Jasamu dikenang selalu.

Majlis Perpisahan GPK Koku SKAM

Majlis Perpisahan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Air Molek, Pn Hjh Maimunah Ahmad telah diadakan pada 24 Julai 2010 di Makmal Komputer 1 sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan beliau yang telah dicurahkan di sekolah ini terutamanya dalam bidang kokurikulum. Semoga maju jaya di tempat baru, SK Padang Temu. Syabas diucapkan



Monday, August 2, 2010

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin

Tarikh : 30 Julai 2010

Tempat : Dewan Peperiksaan SKAM

Masa : 7.00 Malam


Bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, persiapan diri yang mantap merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian. Pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran mewujudkan keyakinan dan keupayaan kepada murid. Selain itu, jiwa dan kerohanian murid perlulah selaras dengan fizikal supaya murid akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga kita sama-sama mendoakan kejayaan SKAM bersama

Tuesday, June 1, 2010

Kursus Adobe Photoshop CS4


Kursus ini telah berlangsung pada 22 Mei 2010 (Sabtu), yang bertempat di Makmal Komputer 1. Kursus ini telah dianjurkan oleh Komuniti Fasilitator Schoolnet Melaka dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) serta SK Air Molek. Terima kasih kepada kepada mereka - mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tuesday, April 27, 2010

MENGENAI SKAM



KEDUDUKAN SEKOLAH
Sekolah ini terletak di Km. 10 Pekan Air Molek, di persimpangan jalan besar ke Jasin dan Kampung Air Molek. Sekolah ini adalah berhadapan dengan Pusat Kesihatan Besar dan berhampiran dengan Komplek Penghulu serta terdapat taman-taman perumahan di sekitarnya.




Piagam sekolah



  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti bagi membentuk pelajar-pelajar ke arah bersikap positif, inovatif dan kreatif.



  • Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, dan berfikiran terbuka dalam melaksanakan tugas secara berpasukan.



  • Menjalin hubungan yang lebih mesra antara ibu bapa, guru dan murid untuk menjayakan sebaran aktiviti pendidikan.






Info logo sekolah
Warna dipilih berdasarkan warna bendera Malaysia. Logo terletak di atas lengkongan yang berbentuk bulatan bersambung dengan sepasang kacamata menggambarkan latar belakang tujuan persekolahan.

Lengkungan berbentuk tajam berwarna merah merupakan lambang pengawasan dan disiplin.







  • Menggambarkan matlamat asas pendidikan iaitu tahu
    membaca, menulis dan mengira.



  • Mencari pengetahuan dan ilmu di serata dunia.



  • Latar murid beragama Islam dan menjadi teras
    pendidikan.



  • Pelajaran muzik dan kebudayaan tidak diketepikan,
    namun di bawah kawalan agama.



  • Tiga gelungan rotan berlari di atas air atau padang
    melambangkan tanda persahabatan, semangat kesukanan dan berani menghadapi cabaran.

LAGU SEKOLAH
USAHA MAJU JAYA

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA AMALAN SUCI MULIA

KAMI USAHA TERUS BERUSAHA
TANPA JEMU SELUAS PADA
DENGAN SEMANGAT WAJA
NAMA BAIK DIJAGA
BERUSAHA TETAP JAYA

KEPIMPINAN GURU KAMI HORMATI
TUNJUK AJAR DISANJUNGI
NAMA SKAM KAMI HORMATI
AGAR HARUM MEWANGI

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA
AMALAN SUCI MULIA

Monday, April 19, 2010

Kejayaan SKAM

Warga SKAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya kepada guru - guru dalam menjayakan setiap pertandingan ini demi mengharumkan nama SKAM di peringkat yang lebih tinggi.


1. Johan Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Kawasan Ayer Keroh. SKAM diwakili
oleh Nurfadhlin Izzaty Binti Mohd Fuad.
2. Tempat ke-3 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Negeri Melaka. SKAM
diwakili oleh Nurfadhlin Izzaty Binti Mohd Fuad.
3. Tempat ke-3 Pertandingan Kompang dan Formasi Peringkat Negeri Melaka
4. Johan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Negeri dalam Perhimpunan Belia Negeri
Melaka, diwakili Nurfadhlin Izzaty Bt Mohd Fuad
5. Johan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat kawasan sempena Program SDSI, MITC
Melaka,diwakili Nurfadhlin Izzaty Bt Mohd Fuad
6. Persembahan Nyanyian dalam Program Gala Muzika Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri
Melaka
7. Mewakili sekolah dalam sukan MSSM Kawasan Ayer Keroh acara olahraga
8. Persembahan Kompang Bersama Pasukan Kompang Sek Tinggi Perempuan Melaka sebagai
jemputan khas di peringkat kebangsaan
9. Menyertai Rancangan Tom-Tombak untuk program ASTRO sebagai jemputan di peringkat
kebangsaan
10.Johan Pertandingan Nyanyian Solo Perimgkat Negeri sempena Pesta Riang Ria di
SDSI, Kota Fesyen MITC, Melaka. Anjuran Sykt. Pemasaran Negeri Melaka Sdn. Bhd.
11.Persembahan Ghazal bersama Kumpulan Rentak Mutiara diketuai oleh En Amir b. Atan
di Mydin MITC.
12.Tempat ke-3 Pertandingan Kompang dan Formasi antara Sekolah Rendah Peringkat
Negeri, Melaka
13.Tempat ke-2 Pertandingan Kompang Gabungan EZHAR Negeri Melaka, dalam Pesta Riang
Ria Anjuran Sykt. Pemasaran Negeri Melaka, MITC
14.Pengiktirafan Kepada murid Pra-sekolah SKAM di peringkat negeri iaitu;
Mohd. Fikri Izzuddin b Mohd Fuad sebagai IKON dalam setiap Program yg dijalankan
oleh SDSI, Melaka

Friday, April 9, 2010

Gotong Royong Sempena Hari Kesihatan Sedunia


Semangat gotong royong

Pada 3 April 2010 yang lalu, warga SKAM telah melaksanakan gotong royong beramai-ramai sempena Hari Kesihatan Sedunia. Persekitaran sekolah semakin indah dan cantik...

Objektif



- sempena sambutan Hari Kesihatan sedunia disambut pada 7 April setiap tahun

- melaksanakan aktiviti selaras dengan arahan Jabatan Pelajaran Melaka

- menceriakan kawasan sekolah disamping mempertingkatkan tahap kebersihan sekolah.

- mewujudkan kerjasama antara warga SKAM










Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Siri 1

Tarikh : 27 Mac
Tempat: Makmal Komputer 1
Masa : 7:30pagi -2 petang

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010

Tarikh : 12 Mac (Jumaat)
Masa : 7:40-9:15pagi
Penceramah : Ust Abd Latif bin Hussain


Objektif

- mengingati kembali sejarah kelahiran dan kehidupan Nabi Muhammad SAW

- mengenali diri Nabi Muhammad SAW

- mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW

- mempelajari pengajaran yang ditunjukkan oleh Rasulluah SAW

- menghormati, menyayangi dan dan mengasihi Nabi Muhammad SAW

Kejohanan Sukan Olahraga dan Sukaneka Tahunan SKAM 2010


Pada 2 & 3Mac 2010 telah berlangsungnya acara sukaneka dan olahraga tahunan SKAM di padang sekolah.Acara ini melibatkan semua murid dan guru-guru SKAM.
Pada 6 Mac pula, SKAM telah mengadakan sukan tahunan 2010 di Padang Kesihatan Ayer Molek. Acara ini berlangsung dengan meriahnya dengan penglibatan semua warga SKAM dan juga ibu bapa pelajar serta masyarakat setempat yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka.

Kem Kecemerlangan UPSR Tahun 6




Tempat : Kem Pengakap Tan Chay Yan, Bukit Katil

Tarikh : 19-21 Februari 2010

Penglibatan : Semua murid tahun 6 & Guru SKAM

Perasmi : YB Datuk Hj Md Yunos B. Hussin (Adun Ayer Molek)
Rasional

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenal potensi diri dan menentukan fokus pembelajaran yang berkesan bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Matlamat

Mempertingkatkan semangat pelajar dan kemahiran belajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR 2010.

Kursus Kepimpinan Pengawas 2010




Tarikh : 6 Februari 2010

Hari : Sabtu

Masa : 8 - 11:30 pagi

Tempat : Makmal Komputer 1


TUGAS PENGAWAS

Ø Bertindak sebagai PENDEDAH

Ø Bertindak sebagai PEMBIMBING

Ø Bertindak sebagai BADAN PERUNDING

Ø Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG

Ø Bertindak sebagai PERANCANG

Ø Bertindak sebagai ROLE MODEL


Perasmian Bulan Bahasa Melayu

Matlamat

-melahirkan pelajar yang cemerlang dalammata pelajaran Bahasa Melayu selaras dengan pembangunan modal insan.

Objektif

- menguasai kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan konstruk bahasa yang baik

- melahirkan idea dengan jelas melalui lisan dan penulisan

- memupuk bakat murid-murid cekap berbahasa di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

AKTIVITI BULAN BAHASA TAHAP 1

Bil

Aktiviti

Guru

1

Silangkata

Pn. Norshuhada Bt Ibrahim

2

Bercerita

Pn. Yusni BT Abu Bakar

Pn. Fazelina Bt Mat Lui

3

Mendeklamasi Sajak

Pn. Noraihan Bt Zainal Abidin

Pn. Siti Maheran Bt Ab Salil

4

Mewrana poster

En Halim B. Shahril

Pn. Maslina Bt Omar

5

Tulisan Cantik

Pn Suzanah Bt Hj Sarep

AKTIVITI BULAN BAHASA TAHAP 2

Bil

Aktiviti

Guru

1

Mendeklamasi sajak

Pn Zuati Bt Ghani

2

Bercerita

Pn Shazira Bt Yusof

3

Surat untuk PM

Pn. Norziah Bt Zakaria

4

Melukis Poster

Tn Hj Zamri B Samsuri

5

Mengarang

Pn Masmiyah Bt Haron

6

Silangkata

Pn Siti Suhaimah Bt Kumari

Kejohanan Merentas Desa Sekolah 2010

Objektif

- memberi peluang murid-murid melibatkan diri dalam sukan/acara yang akan diadakan mengikut tahap masing- masing.

- meningkatkan semangat motivasi, suka bersaing dan saling bekerjasama dalam aktiviti berfaedah.

- membentuk emosi yang ceria dan rasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan sukan samada sebagai

peserta mahu pun penonton.

Tarikh : 26 Januari 2010 (Sabtu)

Tempat : Kawasan Ayer Molek

Masa : 3:30 petang

Majlis Perjumpaan Ibubapa Tahun 6


Objektif:



  • Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sesuatu subjek untuk membantu ke arah kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan UPSR 2010.


  • Mendapat mandat daripada ibu bapa/penjaga untuk menjalankan Program Kecemerlangan Pelajar Tahun 6 2010.


Tarikh : 22 Januari 2010 (Jumaat) Masa: 7:45- 9:30Malam Tempat: Dewan SKAM



Tahukah Anda

Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

1malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara dan bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Wednesday, April 7, 2010

Majlis Perlantikan Pengawas & Perasmian Program Nilam 2010




Tarikh : 25 Januari 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Ilmu
Masa :7:45 pagi




JAWATANKUASA BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS

PENASIHAT : EN ROSLI BIN KARIM
PENYELARAS : PN NORMA BT ISMAIL
PENGERUSI : EN ZUZAIRI B. OTHMAN
N/PENGERUSI : EN HAZAHAR B. HASSAN
SETIAUSAHA : PN ALIS WARKHANA BT MOHNY
N/SETIAUSAHA : MUHD AZAM B. ALI



KETUA PENGAWAS
MUHAMMAD FARID BIN IBRAHIM

PEN. KETUA PENGAWAS
HUMAIRA BT SHAMSUDIN

SETIAUSAHA
NURAZAMIAH BT AB RANI

NAIB SETIAUSAHA
MOHAMMAD HAZIQ BIN AZLAN

BENDAHARI
FARAH MARDIYAH BT MOHD ISA

AJK
TAHUN 6 : AZID SHAFIQ B FADZLI
TAHUN 5 : MUHAMMAD NAJMI B AMINUDDIN
TAHUN 4 : MUHAMMAD HAKIMIE B MOHD ZAIN
TAHUN 3 : AHMAD USAMAH B NAZAR
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MEREKA...!!

BIL

NAMA

KELAS

1.

Muhammad Farid b Ibrahim

6 Anggerik

2

Muhammad Irsyad b Mazrab

6 Anggerik

3

Awis Qarani b Yusof

6 Anggerik

4

Muhammad Badrul Amin b Mohd Yusof

6 Anggerik

5

Azid syafiq b Fadzli

6 Anggerik

6

Muhd Nur Aiman b Ghazali

6 Anggerik

7

Mohd Salihin b Abd Rahman

6 Anggerik

8

Luqman Hakim b Dzulkarnain

6 Anggerik

9

Mohammad Haziq b Azlan

6 Anggerik

10

Amirul Hakim b Din Arif

6 Anggerik

11

Muhammad Najmi b Aminuddin

5 Tanjung

12

Muhammad Hakimie b Mohd Zain

5 Teratai

13

Amirul Bahar b Azmi

5 Tanjung

14

Mohd Zainul Afkar b Zainurrashid

5 Tanjung

15

Muhd Zaim b Zuber

5 Teratai

16

Muhammad Aiman Syafiq b Roslan

4 Tanjung

17

Muhammad Amirul Husni b Hj Mohd Hilmi

4 Tanjung

18

Ahmad Izzudin b Mohd Isa

4 Tanjung

19

Qamarul Iqmal b Sahrudin

4 Tanjung

20

Mohd Fitri b Abd Aziz

4 Tanjung

21

Muhammad Khairulnizam b Azizi

4 Tanjung

22

Faris Hani Sidqi b Mohd Fauzi

4 Tanjung

23

Muhammad Fikri b Johari

4 Tanjung

24

Nurkhairil Azrai b Othman

3 Tanjung

25

Ahmad Usamah b Nazar

3 Tanjung

26

Amirul Haris b Mustapah

3 Tanjung

27

Muhammad Luqmanul Hakim b Sazali

3 Tanjung

28

Rahmi Silvia bt Aswir

6 Anggerik

29

Farah Mardhiyah bt Mohd Isa

6 Anggerik

30

Humaira bt Shahshudin

6 Anggerik

31

Nurul Atiqah bt Rosli

6 Anggerik

32

Nurul Najiha bt Snin

6 Anggerik

33

Fatin Afifah bt Azman

6 Anggerik

34

Nurazamiah bt Ab Rani

6 Anggerik

35

Farah Nur Shuhada bt Abu bakar

6 Anggerik

36

Nur Liyana bt Mohd Sofian

6 Anggerik

37

Nor Aein bt Mohammad Yusof

6 Tanjung

38

Zakri Izzati bt Arifin

5 Tanjung

39

Nu Izzati bt Arifin

5 Teratai

40

Nurul Aliah bt Abdul Mutalib

5 Tanjung

41

Nur Afrina bt Alias

5 Tanjung

42

Siti Noorsyuhadah bt Sulaiman

5 Tanjung

43

Besek Syahirra Adlina bt Shammuri

5 Tanjung

44

Nur Afiqah bt Azuddin

5 Tanjung

45

Ummi Khalthum bt Nazar

5 Tanjung

46

Nur Sabrina Najwa bt Mohd Rais

5 Tanjung

47

Norhazirah Bt Mokhtar

4 Tanjung

48

Nur Insyirah bt Nor ‘Azari

4 Tanjung

49

Amirah bt Naam

4 Tanjung

50

Syazwani bt Shamsul Bahari

4 Tanjung

51

Afifa Najihah bt Azmi

4 Tanjung

52

Ayu Najihah bt Azmi

4 Kenanga

53

Najah Najihah bt Mohd Ali

4 Tanjung

54

Nur Dina Syakirah bt Rozaili

4 Tanjung

55

Nur Farah Ain bt Basni

3 Tanjung

56

Khairunnajwa bt Mohd Hanafi

3 Tanjung

57

Fatin Athirah bt Azman

3 Tanjung

58

Siti Aisyah bt Azmi

3 Tanjung


IKRAR PENGAWAS
MAKA KAMI, PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MOLEK, DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG DIBERIKAN KEPADA KAMI, DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, AMANAH DAN DEDIKASI DEMI MENINGKATKAN MTU DISIPLIN DAN MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH KAMI.

KAMI JUGA BERJANJI UNTUK MEMENUHI SEGALA PERATURAN SEKOLAH YANG DI TETAPKAN, MENGHORMATI SEMUA GURU DAN IBUBAPA, BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR KAMI BEROLEH KEJAYAAN DI DALAM KEHIDUPAN KAMI.



PERASMIAN PROGRAM NILAM












Pages