
Warga SKAM mengalu-alukan kedatangan Tn Haji Minhat Bin Azam sebagai Guru Besar SKAM yang baru. Semoga dengan kedatangan beliau, dapat menjana kualiti dan kecemerlangan SKAM.
Guru Besar SK Air Molek, En Rosli Karim telah bertukar ke SK Kesang Tua pada 9 Ogos 2010. Majlis perpisahan beliau telah diadakan pada 6 Ogos 2010 di perkarangan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, keringat dan pengorbanan beliau selama berbakti di sekolah ini. Semoga berjaya. Jasamu dikenang selalu.
Majlis Perpisahan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Air Molek, Pn Hjh Maimunah Ahmad telah diadakan pada 24 Julai 2010 di Makmal Komputer 1 sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan beliau yang telah dicurahkan di sekolah ini terutamanya dalam bidang kokurikulum. Semoga maju jaya di tempat baru, SK Padang Temu. Syabas diucapkan