Friday, May 27, 2011

SELAMAT BERCUTI !!

Salam Dari SKAMers !!!

Yeeehhooo...cuti sekolah datang lagi. Selamat Bercuti SKAMers ucapkan kepada semua murid, guru dan semua warga SKAM. Manfaatkanlah cuti ini dengan sesuatu yang berfaedah. Adiooss !!!


SKAMers : Selamat Balik Kampung !!!


Tuesday, May 24, 2011

Jasamu Dikenang

Salam Dari SKAMers...

Entry kali ini khas SKAMers dedikasikan kepada Cik Chua Bee Lan, guru Bahasa Inggeris SK Ayer Molek yang akan berpindah ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat bermula pada minggu hadapan setelah 7 tahun menyumbang bakti di SK Ayer Molek.


Di bawah tunjuk ajar beliau sepanjang berkhidmat di SKAM ini, peratusan UPSR bagi subjek Bahasa Inggeris telah banyak menunjukkan peningkatan. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Chua Bee Lan di atas sumbangan bakti beliau selama ini. Kami di SKAM amat merasa kehilangan seorang guru yang amat dedikasi dalam P & P. Terima kasih sekali lagi dan diucapkan selamat berpisah serta selamat mengajar di tempat yang baru.

SKAMers : jasamu dikenang !!!

Monday, May 23, 2011

All The Best !!!

Salam Dari SKAMers...

Di kesempatan ini SKAMers ingin mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 kepada semua murid dari Tahun 1 hinggalah Tahun 6 SK Ayer Molek .

http://farm4.static.flickr.com/3570/3509933458_62e84986b0.jpg?v=0

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL
Semoga kejayaan akan jadi milik anda semua.


http://farm4.static.flickr.com/3311/3242604679_44232f5db3.jpg?v=0

SKAMers : di mana ada kemahuan di situ ada jalan !!!

Friday, May 20, 2011

Tazkirah : Kunci-kunci Syurga

Salam Dari SKAMers !

Sempena hari Jumaat yang berbahagia ini yang digelar SayyidulAyyam atau Penghulu segala hari, hayatilah tazkirah di bawah sebagai renungan kita bersama...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq_EkmhrhrYxinicBkh1onLWkrO36qjhqE2DjGXK0c7o_dkyFIWP-MxiWHNykj-2sOn0zX4-erY-r_eB3AEs4Ty0Ld89b4WYfNAUKf6Z1_bN4Sfk0vLQMQp7RJzIERr1IIWFRaDGF1Wq0f/s1600/bunga.jpg

Andai ada yang bertanya,” Apakah dia kunci-kunci syurga itu ?…”

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.” Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar.

Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!”

“Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?”

“Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?”

“Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!”

“Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?” mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.” Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda.” Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
________________________________________
(Di petik dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah)


Wednesday, May 18, 2011

GURU SKAM

Salam dari SKAMers...
Tatapilah gambar-gambar terkini guru-guru dan kakitangan SK Ayer Molek 2011 !!


Guru Besar kita yang segak bergaya Tn. Haji Minhat bin Azam.











SKAMers : kredit to Cik Noraiha bt Marjan !!!

Tuesday, May 17, 2011

HARI GURU ( Part II )



Salam dari SKAMers !!!


SUKANEKA HARI GURU SKAM 2011.

Serius menunggu keputusan

Ustaz Kamal
Juara Basikal Lambat


Champion

Membantah keputusan hakim...hehehe

Pada sebelah petangnya pulak lebih kurang jam 2.30 petang semua guru dan kakitangan SKAM serta YDP PIBG SKAM dan AJK PIBG sama-sama menghadiri majlis jamuan sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja di Hotel Abadi, Melaka Raya. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Razif bin Abdul Latif. Seterusnya ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar SKAM, Tuan Haji Minhat bin Azam. Majlis juga meraikan beberapa AJK PIBG yang telah memberi sumbangan mereka pada sesi 2009 - 2010.







SKAMers : SELAMAT HARI GURU !!!

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Salam Hari Guru Dari SKAMers !!!

16 Mei muncul lagi. Inilah tarikh keramat buat semua warga pendidik yang bergelar GURU. Justeru SELAMAT HARI GURU kami di blog SKAM2011 (SkamerS) ucapkan kepada semua guru di seluruh negara terutama guru-guru di SK Ayer Molek, Melaka yang kami cintai ini.

Sempena Hari Guru ini, beberapa aktiviti telah dilaksanakan di SKAM. Bermula seawal 7.30 pagi, diadakan Perhimpunan Rasmi Sekolah dengan diisi dengan bacaan doa untuk para guru oleh Ustaz Ahmad Kamal Ariffin bin Hashim, nyanyian lagu-lagu patriotik dan lagu tema Hari Guru 2011 iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Seterusnya diadakan beberapa persembahan oleh para guru dan murid SKAM.




Pada perhimpunan pagi ini juga diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan Ujian Selaras 2 2011, sumbangan kepada anak yatim dan juga acara pemberian hadiah untuk guru-guru oleh para pelajar.






SKAMers : TERIMA KASIH CIKGU !!!

Sunday, May 15, 2011

Kem Bestari Solat 1 ~ 2011 (Tahap II)

Salam dari kami.

Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru j-Qaf SK Ayer Molek telah bersama-sama mengadakan Kem Bestari Solat 1 bagi para pelajar Tahap II pada hari Selasa, 10 Mei 2011 yang lalu. Antara objektif utama kem bestari solat ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang celik solat daan mampu menunaikan solat dengan sempurna. Di bawah ini si paparkan beberapa gambar sekitar kem tersebut.











Majlis diadakan dipekarangan sekolah kerana surau SKAM masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya paa bulan Julai 2011 nanti. Pihak Panitia Pendidikan Islam & j-Qaf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kem ini...


Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum !

Kami warga Blog SK Ayer Molek ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua Guru-guru dan para Ibu pelajar SK Ayer Molek Melaka. Hargailah ibu anda selagi mereka masih hidup !!!



Kepada yang sudah kehilangan ibu. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada roh mereka. Doakan semoga roh mereka ditempatkan ditempat orang yang soleh dan solehah !!!

Saturday, May 7, 2011

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Melaka 2011

Salam Dari Kami !

Tanggal 5 Mei 2011, SK Ayer Molek telah dipilih sebagai pengelola Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Sekolah Rendah Negeri Melaka 2011 yang telah diadakan di tapak letak kereta MITC, Melaka. Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian.

SK Ayer Molek telah berjaya menjadi Juara pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kompang Formasi SKAM !!!!

Juara Paluan Kompang Formasi Negeri Melaka

Piala Kemenangan

3 orang guru petugas


Pasukan Keselamatan...hehehe

o
Nak bawa ke mana tu Ustaz ?

Tahniah Diucapkan Kepada Seluruh Warga SKAM Atas Kejayaan Ini !!

Tuesday, April 12, 2011

AKTIVITI TERKINI DI SKAM 2011

Antara aktiviti-aktiviti terkini yang melibatkan SKAM.

Wakil Pertandingan Sajak
Adik Muhd Izzuddin bin Md Isa

Kelab Kompang SKAM 2011


Naib Juara
Kejohanan Bola Baling MSSMNM Kawasan Ayer Keroh




SKAM Sebagai Pengelola Kejohanan Bola Keranjang MSSNM Kawasan Ayer keroh

Tuan Hj Minhat Bin Azam
Guru Besar SKAM

Pages