Friday, March 12, 2010

SejaRah SK aYer moLek



KEDUDUKAN SEKOLAH
Terletak di KM 10 Pekan Air Molek.
Terletak di persimpangan jalan besar ke Jasin dan Kampung Air Molek. Sekolah ini juga berhampiran dengan Pusat Kesihatan Besar, Kompleks Penghulu dan taman-taman perumahan.


SEJARAH SEKOLAH
1889 -
Dibuka oleh Datuk Penghulu Hj Mahmud b Epa.
Asalnya hanyalah berbentuk bangsal berkeluasan 20" x 20" di tapak kantin sedia ada sekarang. Hanya ada 50 orang murid di awal penubuhannya dan kesemua mereka ialah murid lelaki dan dididik oleh tiga orang guru
.

Guru pertama -
Penghulu Baba Bin Mohamad, En Kadim Bin Yahya, dan En Othman Bin Baba. Setelah Penghulu Baba berpindah, tempatnya di ganti oleh En Sabtu Bin Md Suhu.
1903-
SKAM mendapat sebuah bangunan baru sementara yang berbentuk bulat dan terdapat 2 bilik darjah.
Bangunan sementara ini berkeluasan 36' x 21' dan didirikan di tapak tanah yang dipercayai kepunyaan Mak Sulong Noh.
Masalah yang dihadapi pada awal penubuhan - kekurangan murid
.
Mata pelajaran yang diajar - Bacaan, tulisan jawi,ilmu kira-kira, menanam sayur, dan anyaman
.

PERKEMBANGAN SEKOLAH
Nama asal sekolah =
SEKOLAH MELAYU AYER MOLEK, MELAKA.
1957 -
Nama ditukar kepada SEKOLAH UMUM AYER MOLEK, MELAKA.
Selepas merdeka - Ditukar nama kepada SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK, MELAKA
.
1924 -
Bangunan baru dibina. Terdiri daripada kayu.
1969 -
SKAM mendapat bangunan baru separuh kekal. Bangunan tambahan ini masih diguna sehingga sekarang.
1982 - Sebuah bangunan 4 tingkat dibina secara bergotong-royong. Kemudian, 2 buah lagi bangunan tambahan dibina.
1982 - Hanya ada 6 buah bilik darjah. Kini, SKAM memiliki 24 buah kelas, sebuah perpustakaan, bilik tayang, bilik pemulihan, bilik SPBT, bilik ABM, dan bilik guru.
2003 -
Mendapat sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat yang digunakan sehingga sekarang. Bangunan ini menempatkan 11 buah kelas dan bilik-bilik khas seperti makmal sains, bilik Kemahiran Hidup, makmal komputer, dan bilik BOSS.

VISI SKAM
MENJADIKAN SKAM SEBAGAI PENJANA PENDIDIKAN YANG TERBILANG DI NEGERI MELAKA TAHUN 2010.

MISI SKAM
MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK.
MENGEMBANGKAN POTENSI MURID-MURID DALAM BIDANG KOKURIKULUM.
MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DAN SAHSIAH TERPUJI UNTUK MEMBINA WATAK WARGA YANG GEMILANG.

No comments:

Post a Comment

Pages