Thursday, August 26, 2010

Selamat Datang Kepada Guru Besar SKAM


Warga SKAM mengalu-alukan kedatangan Tn Haji Minhat Bin Azam sebagai Guru Besar SKAM yang baru. Semoga dengan kedatangan beliau, dapat menjana kualiti dan kecemerlangan SKAM.

Friday, August 13, 2010

Sumbangan Ikhlas Untuk Pembinaan Surau Sekolah

Salam...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan-tuan di atas setiap kejayaan yang telah tuan-tuan kecapi. Untuk pengetahuan pihak tuan, SKAM telah bercadang untuk membina surau di kawasan sekolah yang dianggarkan bernilai RM150,000. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dapat memberi sumbangan ikhlas atau derma untuk pembangunan kebajikan ini. Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan kepada

  1. Bendahari surau SKAM (Hj Zamri Bin Samsuri 019-6505608)
  2. Guru Besar SKAM (En. Minhat Bin Azam 017-6291279)
  3. Akaun Bank Muamalat (Tabung surau) 0401-0004307-71-7

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, silalah hubungi pihak sekolah di talian 06-2680169 atau faks 06-2680170, atau terus datang ke sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Segala sumbangan tuan amat kami hargai. Terima kasih.

Thursday, August 12, 2010

Guru Besar SKAM Dalam Kenangan

Guru Besar SK Air Molek, En Rosli Karim telah bertukar ke SK Kesang Tua pada 9 Ogos 2010. Majlis perpisahan beliau telah diadakan pada 6 Ogos 2010 di perkarangan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, keringat dan pengorbanan beliau selama berbakti di sekolah ini. Semoga berjaya. Jasamu dikenang selalu.

Pages