Tuesday, April 27, 2010

MENGENAI SKAM



KEDUDUKAN SEKOLAH
Sekolah ini terletak di Km. 10 Pekan Air Molek, di persimpangan jalan besar ke Jasin dan Kampung Air Molek. Sekolah ini adalah berhadapan dengan Pusat Kesihatan Besar dan berhampiran dengan Komplek Penghulu serta terdapat taman-taman perumahan di sekitarnya.




Piagam sekolah



  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti bagi membentuk pelajar-pelajar ke arah bersikap positif, inovatif dan kreatif.



  • Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, dan berfikiran terbuka dalam melaksanakan tugas secara berpasukan.



  • Menjalin hubungan yang lebih mesra antara ibu bapa, guru dan murid untuk menjayakan sebaran aktiviti pendidikan.






Info logo sekolah
Warna dipilih berdasarkan warna bendera Malaysia. Logo terletak di atas lengkongan yang berbentuk bulatan bersambung dengan sepasang kacamata menggambarkan latar belakang tujuan persekolahan.

Lengkungan berbentuk tajam berwarna merah merupakan lambang pengawasan dan disiplin.







  • Menggambarkan matlamat asas pendidikan iaitu tahu
    membaca, menulis dan mengira.



  • Mencari pengetahuan dan ilmu di serata dunia.



  • Latar murid beragama Islam dan menjadi teras
    pendidikan.



  • Pelajaran muzik dan kebudayaan tidak diketepikan,
    namun di bawah kawalan agama.



  • Tiga gelungan rotan berlari di atas air atau padang
    melambangkan tanda persahabatan, semangat kesukanan dan berani menghadapi cabaran.

LAGU SEKOLAH
USAHA MAJU JAYA

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA AMALAN SUCI MULIA

KAMI USAHA TERUS BERUSAHA
TANPA JEMU SELUAS PADA
DENGAN SEMANGAT WAJA
NAMA BAIK DIJAGA
BERUSAHA TETAP JAYA

KEPIMPINAN GURU KAMI HORMATI
TUNJUK AJAR DISANJUNGI
NAMA SKAM KAMI HORMATI
AGAR HARUM MEWANGI

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA
AMALAN SUCI MULIA

Monday, April 19, 2010

Kejayaan SKAM

Warga SKAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya kepada guru - guru dalam menjayakan setiap pertandingan ini demi mengharumkan nama SKAM di peringkat yang lebih tinggi.


1. Johan Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Kawasan Ayer Keroh. SKAM diwakili
oleh Nurfadhlin Izzaty Binti Mohd Fuad.
2. Tempat ke-3 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Negeri Melaka. SKAM
diwakili oleh Nurfadhlin Izzaty Binti Mohd Fuad.
3. Tempat ke-3 Pertandingan Kompang dan Formasi Peringkat Negeri Melaka
4. Johan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Negeri dalam Perhimpunan Belia Negeri
Melaka, diwakili Nurfadhlin Izzaty Bt Mohd Fuad
5. Johan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat kawasan sempena Program SDSI, MITC
Melaka,diwakili Nurfadhlin Izzaty Bt Mohd Fuad
6. Persembahan Nyanyian dalam Program Gala Muzika Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri
Melaka
7. Mewakili sekolah dalam sukan MSSM Kawasan Ayer Keroh acara olahraga
8. Persembahan Kompang Bersama Pasukan Kompang Sek Tinggi Perempuan Melaka sebagai
jemputan khas di peringkat kebangsaan
9. Menyertai Rancangan Tom-Tombak untuk program ASTRO sebagai jemputan di peringkat
kebangsaan
10.Johan Pertandingan Nyanyian Solo Perimgkat Negeri sempena Pesta Riang Ria di
SDSI, Kota Fesyen MITC, Melaka. Anjuran Sykt. Pemasaran Negeri Melaka Sdn. Bhd.
11.Persembahan Ghazal bersama Kumpulan Rentak Mutiara diketuai oleh En Amir b. Atan
di Mydin MITC.
12.Tempat ke-3 Pertandingan Kompang dan Formasi antara Sekolah Rendah Peringkat
Negeri, Melaka
13.Tempat ke-2 Pertandingan Kompang Gabungan EZHAR Negeri Melaka, dalam Pesta Riang
Ria Anjuran Sykt. Pemasaran Negeri Melaka, MITC
14.Pengiktirafan Kepada murid Pra-sekolah SKAM di peringkat negeri iaitu;
Mohd. Fikri Izzuddin b Mohd Fuad sebagai IKON dalam setiap Program yg dijalankan
oleh SDSI, Melaka

Friday, April 9, 2010

Gotong Royong Sempena Hari Kesihatan Sedunia


Semangat gotong royong

Pada 3 April 2010 yang lalu, warga SKAM telah melaksanakan gotong royong beramai-ramai sempena Hari Kesihatan Sedunia. Persekitaran sekolah semakin indah dan cantik...

Objektif



- sempena sambutan Hari Kesihatan sedunia disambut pada 7 April setiap tahun

- melaksanakan aktiviti selaras dengan arahan Jabatan Pelajaran Melaka

- menceriakan kawasan sekolah disamping mempertingkatkan tahap kebersihan sekolah.

- mewujudkan kerjasama antara warga SKAM










Pages