Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Salam Hari Guru Dari SKAMers !!!

16 Mei muncul lagi. Inilah tarikh keramat buat semua warga pendidik yang bergelar GURU. Justeru SELAMAT HARI GURU kami di blog SKAM2011 (SkamerS) ucapkan kepada semua guru di seluruh negara terutama guru-guru di SK Ayer Molek, Melaka yang kami cintai ini.

Sempena Hari Guru ini, beberapa aktiviti telah dilaksanakan di SKAM. Bermula seawal 7.30 pagi, diadakan Perhimpunan Rasmi Sekolah dengan diisi dengan bacaan doa untuk para guru oleh Ustaz Ahmad Kamal Ariffin bin Hashim, nyanyian lagu-lagu patriotik dan lagu tema Hari Guru 2011 iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Seterusnya diadakan beberapa persembahan oleh para guru dan murid SKAM.




Pada perhimpunan pagi ini juga diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan Ujian Selaras 2 2011, sumbangan kepada anak yatim dan juga acara pemberian hadiah untuk guru-guru oleh para pelajar.






SKAMers : TERIMA KASIH CIKGU !!!

Sunday, May 15, 2011

Kem Bestari Solat 1 ~ 2011 (Tahap II)

Salam dari kami.

Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru j-Qaf SK Ayer Molek telah bersama-sama mengadakan Kem Bestari Solat 1 bagi para pelajar Tahap II pada hari Selasa, 10 Mei 2011 yang lalu. Antara objektif utama kem bestari solat ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang celik solat daan mampu menunaikan solat dengan sempurna. Di bawah ini si paparkan beberapa gambar sekitar kem tersebut.











Majlis diadakan dipekarangan sekolah kerana surau SKAM masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya paa bulan Julai 2011 nanti. Pihak Panitia Pendidikan Islam & j-Qaf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kem ini...


Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum !

Kami warga Blog SK Ayer Molek ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua Guru-guru dan para Ibu pelajar SK Ayer Molek Melaka. Hargailah ibu anda selagi mereka masih hidup !!!



Kepada yang sudah kehilangan ibu. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada roh mereka. Doakan semoga roh mereka ditempatkan ditempat orang yang soleh dan solehah !!!

Pages