Sunday, May 15, 2011

Kem Bestari Solat 1 ~ 2011 (Tahap II)

Salam dari kami.

Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru j-Qaf SK Ayer Molek telah bersama-sama mengadakan Kem Bestari Solat 1 bagi para pelajar Tahap II pada hari Selasa, 10 Mei 2011 yang lalu. Antara objektif utama kem bestari solat ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang celik solat daan mampu menunaikan solat dengan sempurna. Di bawah ini si paparkan beberapa gambar sekitar kem tersebut.











Majlis diadakan dipekarangan sekolah kerana surau SKAM masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya paa bulan Julai 2011 nanti. Pihak Panitia Pendidikan Islam & j-Qaf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kem ini...


Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum !

Kami warga Blog SK Ayer Molek ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua Guru-guru dan para Ibu pelajar SK Ayer Molek Melaka. Hargailah ibu anda selagi mereka masih hidup !!!



Kepada yang sudah kehilangan ibu. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada roh mereka. Doakan semoga roh mereka ditempatkan ditempat orang yang soleh dan solehah !!!

Saturday, May 7, 2011

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Melaka 2011

Salam Dari Kami !

Tanggal 5 Mei 2011, SK Ayer Molek telah dipilih sebagai pengelola Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Sekolah Rendah Negeri Melaka 2011 yang telah diadakan di tapak letak kereta MITC, Melaka. Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian.

SK Ayer Molek telah berjaya menjadi Juara pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kompang Formasi SKAM !!!!

Juara Paluan Kompang Formasi Negeri Melaka

Piala Kemenangan

3 orang guru petugas


Pasukan Keselamatan...hehehe

o
Nak bawa ke mana tu Ustaz ?

Tahniah Diucapkan Kepada Seluruh Warga SKAM Atas Kejayaan Ini !!

Pages